Saturday, March 18, 2006

SATU

"Pak Harun, Din pelik lah dengan makcik tu. Hari-hari dia kemari. Mengemas, baca quran, bercerita. Sejam disini, lepas tu balik. Petang, lepas asar dia datang lagi." Din menggaru kepalanya yang botak itu.

Tergelak Harun mendengar soalan Din. Kelihatan 3 gigi depan yang masih tinggal lagi. Harun atau Pak Harun sudah 35 tahun bekerja di kawasan itu. Kesemua kederat zaman mudanya diharungi bekerja di situ.

"Ko janganlah pelik sangat Din oi! Nantilah, satu hari aku cerita kat kau. Meh sini tolong aku angkat tanah-tanah ni"

Kelihatan dari jauh dua lelaki terbongkok-bongkok mengangkat tanah di kuburan tepi jalan itu. Tidak lama kemudian kedengaran sayup suara bilal membaca ayat suci Al-Quran ketika matahari sudah sedikit condong.

"Din, moh ler kita bersiap ke surau nu. Kang Mak Melah ko hantar makanan lepas zohor kita makan sama-sama." jerit Pak Harun kepada Din yang sedang mengangkat sedikit lagi baki-baki tanah.

"Wah, kalau Mak Melah yang masak, saya ON ajer. Rugi je Mak Melah tu bini Pak Harun, kalau tak.. memang saya dah masuk meminang dah!" usik si Din.

"Kemain ko ye Din. Moh ler cepat!" Sambil berjalan menuju ke pondok di situ, Pak Harun menggulung2 kemas rokok daun di hujung jari tuanya.

Selepas membersihkan diri, mereka berdua berbasikal menuju ke surau yang terletak tidak jauh dari kuburan. Berjemaah Zohor dan Asar di kampung lebih suram daripada di bandar. Ramai anak-anak muda berhijrah ke tempat lain dan yang tinggal hanyalah tenaga-tenaga tua yang sudah tidak seberapa kuat.

Sambil duduk duduk di pangkin pondok di kuburan, Pak Harun membuka cerita..

"Kau pernah bercinta Din?" Pak Harun menanyakan soalan kepada Din sesambil menggulung rokok daun kegemarannya itu.

"HAHHAHHAHA. Manalah ada perempuan nak kat saya Pak Harun? Dah lah botak, keje gali kubur je. Badan berlumpur hari-hari. Gelilah diaorang." sahut si Din sambil mengusap kepalanya yang botak.

"Makcik yang kau tanya pagi tu, namanya Zulaikha. Dia bukan orang kampung sini, dari kampung seberang kot kalau tak silap aku. Kubur yang dilawatinya tu, kubur orang kampung sini. Pak Adam, bekas bilal surau kita tu. Dia meninggal dunia 10 tahun lepas, penyakit apa ye.. kenser? kansir? kanser?. ha.. macam tulah." cerita Pak Harun.

"Ohh.. kiranya kubur tu kubur suami makcik Zulaikha tu lah ye?"

"Bukan Din. Tu bukan kubur suaminya." Pak Harun menyedut dalam-dalam rokok daunnya itu sambil mengibas badannya dengan kain pelikat buruk dibahunya.

"Aik, habistu apa makcik tu buat kat situ?" ujar Din kepelikan.

"Assalammualaikum!!"

Tiba-tiba ada suara menyapa mereka berdua dari tepi pondok...

----------

bersambung la ek?