TIGA
"Merajuk?".
Terkejut Melati mendengar cerita Selasih. 2 jam mereka duduk di CoffeeBean, OU. Memang dua perempuan ini sering kelihatan bersama di kedai kopi esklusif itu. Dua-dua gila kopi. Petang itu sahaja mereka masing-masing telah memesan 3 cawan kopi. Agaknya tahap neurotik mereka disebabkan kandungan kafein yang terlalu banyak dalam sistem badan mereka berdua.
"Yeap. She wrote me an email. Dia suruh bagitau kawan-kawan jangan risau, that she'll be back, sooner or later. Skrang ni aku taktau di kat mana. Masa aku ke rumah dia kelmarin, Mak Salmah cakap Zulaikha bawak pasportnya skali." cerita Selasih panjang lebar.
"Takkan sebab merajuk ajer Sih? Mesti ada sebab lain. Aku tak percaya Zulaikha boleh pergi macam tu ajer." Berkerut dahi Melati memikirkan masalah itu.
"Kau tahu la si Ika tu. Dari dulu suka benar merajuk. Kau ingat tak masa kita kat Banting dulu? Dia merajuk dengan kita semua, malam tu dia lari tidur rumah Kak Dalina. Satu malam kita carik dia. Elok jer esok tu dia balik ke block. Sengih-sengih. Macam tak ada apa yang jadik pun." Tambah Selasih.
"Kau tak tanya Adam Sih? Takkan Adam tak tau Zulaikha kemana? Kau cuba dah telefon Ika? Ker dia lari balik kampungnya tu?" berbagai spekulasi diujarkan oleh Melati. Namun kedua-duanya tahu, jika Zulaikha merajuk, memang susah untuk dipujuk.
"Adam.. hmmm. Lelaki tu dah hilang akal rasanya. Semalam aku jumpa Adam di pejabatnya. Serabai. Macam laki mati bini ajer. Dia cakap dah puas dia carik Zulaikha. Di Tapah, di Kuala Pilah, di Muar, tapi semuanya takde. Dan yang paling susah lagi, Zulaikha tak bawak telefon dia. She can contact us, but we can't contact her. Email yang dia tulis aritu, aku dah balas, tapi sampai sekarang dia takde nak reply pon. Aku risau la Melati. Zulaikha tu kan sakit. Macam mana kalau tiba-tiba dia sakit at God-knows where she is! Kalau dia sorang-sorang nanti macam mana?"
Kedua-dua sahabat itu melayan perasaan masing-masing, sambil menghabiskan kopi yang masih bersisa di meja. Dan mereka berjanji untuk mengupdate sekiranya ada cerita tentang Zulaikha.
*****************
Hakikatnya, Zulaikha tiada lagi di bumi Malaysia. Memang Zulaikha lari kerana merajuk. Dan kali ini Zulaikha merajuk tak boleh berpujuk, walaupun jika Adam datang menyembah..
Zulaikha cuba melelapkan mata dalam pesawat yang direlakan membawa tubuhnya yang dirasakan tidak bernyawa lagi..
****************
Ingin Adam jeritkan penyesalannya. Namun Adam tahu, ini bukan pilihan yang sempurna. Pada Adam, Zulaikha adalah segalanya. Zulaikha adalah cinta sejati. Dan Adam tahu yang cinta Zulaikha padanya tak mungkin boleh ditandingi oleh cinta yang lain. Cinta ini adalah cinta yang paling agung pernah Adam rasa.
Adam tak mampu buat Zulaikha bahagia. Adam bukan seperti yang Zulaikha idamkan. Walaupun telah 7 tahun mereka bercinta, Adam tetap rasa dirinya tidak setanding dengan Zulaikha.
Tapi Adam takut kehilangan Zulaikha. Tanpa Zulaikha, Adam tak mahu semuanya lagi.
Dan dalam kegelapan malam di apartment sepi itu, Adam menggigil menangisi dosa-dosanya pada Zulaikha.
***************
Di suatu petang Jumaat, kelmarin sebelum itu...
"Cik Zulaikha. Ada tetamu ingin berjumpa." Halus suara Ayu dicorong interkom di meja Zulaikha.
"Tetamu? Saya ada appointent ke harini Ayu?" jawab Zulaikha kehairanan. Jarang Zulaikha membuat janji di petang Jumaat. Zulaikha selalunya menyiapkan kertas kerja sebelum pergi berehat di hujung minggu.
"Maafkan saya Cik Zulaikha. Sebenarnya tiada appointment hari ini, katanya kawan Cik Zulaikha. Namanya Juliana Arifin." sayut Ayu.
"Hmm.. kasik saya 5 minit Ayu. Nanti saya keluar sebentar lagi" Walaupun pelik dengan tetamu hari itu, tetapi Zulaikha adalah seorang yang fleksibel. Cuma ralat dihatinya kiranya kertas kerja pusat jagaan kanak-kanak itu tidak dapat disiapkan pada hari itu.
5 minit kemudian kelihatan Zulaikha keluar daripada pejabatnya menuju ke ruang tamu pejabat. Di sofa hijau itu kelihatan seorang perempuan berambut panjang yang agak seksi. Ayu, pembantunya mengenalkan Zulaikha kepada wanita tersebut.
Perempuan yang bernama Juliana itu berdiri mendapatkan Zulaikha sambil menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya. Zulaikha menyambut tangan wanita tersebut dan mengajaknya masuk ke pejabatnya.
"Silakan duduk Cik Juliana" jemput Zulaikha.
"Tak payah bercik-cik dengan aku. Panggil aku Juliana. Aku ke sini ada tujuan. Aku nak bagitau kau yang aku ni tunang Adam" ujar Juliana dengan keras.
Gugur jantung Zulaikha ketika itu. Gelap rasanya dunia ini. Jika tidak sudah duduk, pasti Zulaikha sudah jatuh terjelupuk ke lantai.
"Ya, tunang Adam. Aku kemari sebab nak bagi kau amaran supaya jangan ganggu Adam lagi. Dia dah jadi tunang aku, hak aku, milik aku. Aku tak faham kenapa orang macam kau nak kacau tunang orang lain!" bentak Juliana.
Bagai berputar segala ayat yang keluar dari Juliana. Bagai tidak percaya Zulaikha mendengarnya. Betulkah semuanya? Betulkah Adam sudah bertunang? Tapi Adam dah janji dengan aku. Adam dah janji hidup dan mati dengan aku. Adam dah janji...
"Hoi, kau dengar tak perempuan sundal? Pergi cari lelaki lain untuk kau goda. Jangan kacau Adam, kalau tak, nahas kau!" Jerit Juliana keras lantas meninggalkan pejabat Zulaikha.
Dan pada petang itu juga, Zulaikha tekad. Zulaika harus pergi dari sini..
------------------------------
Apsal le aku rasa cam citer Sembilu Kasih le citer aku ni. Kaki aku dah bengkak-bengkak ni. Rumah makcik aku takde obat nyamok, sebab pakcik aku asma. Spray pon takde. Terpaksa le aku menggaruk2 cam monyet ni hah. Eh dah le ek. esok2 le aku sambung...